Selasa, 9 Julai 2013

Sedekah Di Bulan Ramadhan


Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu ‘anhuma, dia berkata:
“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Quran. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Quran . Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.
Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:
“Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.”
Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu ‘anha:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamjika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”
Kedermawanan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Allah pun bersifat Maha Pemurah, Allah Ta’ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadhan.
Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan, juga paling mulia, paling berani dan amat sempurna dalam segala sifat yang terpuji; kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda berbanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini.
Berbagai pelajaran yang dapat diambil dari berlipatgandanya kedermawanan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di bulan Ramadhan:
1. Bahawa peluang ini amat berharga dan melipatgandakan amal kebaikan.
2. Membantu orang-orang yang berpuasa dan berzikir untuk sentiasa taat, agar memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana sesiapa yang membekali orang yang berperang maka ia akan beroleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa yang akan menanggung dengan balk keluarga orang yang berperang maka ia akan beroleh pula seperti pahala orang yang berperang. Dinyatakan dalam hadis Zaid bin Khalid dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda:
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala ovang yang berpuasa itu tanpa menguuangi sedikitpun dari pahalanya.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzl).
3. Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta ‘ala melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa berderma kepada para hamba Allah, nescaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. Balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.
4. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama termasuk sebab masuk Syurga. Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi shallallahu’ alaihi wasallam bersabda:
“Sungguh di Syurga terdapat bilik-bilik yang bagian luamya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar.” Maka berdirilah kepada beliau seorang Arab Badwi sambil berkata: Untuk siapakah bilik-bilik itu wahai Rasulullah,? Jawab beliau: “Untuk siapa saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. “(HR. At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadis ini gharib)
Semua kriteria ini terdapat dalam bulan Ramadhan. Terkumpul bagi orang yang beriman dalam bulan ini; puasa, solat malam, sedekah dan perkataan baik. Kerana pada waktu ini orang yang berpuasa dilarang daripada perkataan kotor dan perbuatan keji. Sedangkan solat, puasa dan sedekah dapat menghantarkan pelakunya kepada Allah Ta ‘ala.
5. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjauhkan dari api neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi solat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” (Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Uthman bin Abil-’Ash; juga diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya serta dinyatakan shahih oleh Hakim dan diluluskan Adz-Dzahabi.) Hadith riwayat Ahmad dengan isnad hasan dan Al-Baihaqi.
Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Puasa itu perisai dan benteng kukuh yang melindungi seseorang) daripada api neraka”
Dan dalam hadith Mu’adz radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu’ alaihi wasallam bersabda:
“Sedekah dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api” (Hadist riwayat At-Tirmidzi dan katrrnya. “Hadits hasan shnhih.”
6. Dalam puasa, tentu terdapat kekeliruan serta kekurangan. Dan puasa dapat menghapuskan dosa-dosa dengan syarat menjaga diri dari apa yang mesti dijaga. Padahal kebanyakan puasa yang dilakukan kebanyakan orang tidak dipenuhi dalam puasanya itu penjagaan yang semestinya. Dan dengan sedekah kekurangan dan kekeliruan yang berlaku boleh terlengkapi. Oleh itu pada akhir Ramadhan, diwajibkan membayar zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari perkataan kotor dan perbuatan keji.
7. Orang yang berpuasa meninggalkan makan dan minumnya. Jika ia dapat membantu orang lain yang berpuasa agar kuat dengan makan dan minum, maka kedudukannya sama dengan orang yang meninggalkan syahwatnya kerana Allah, memberi dan membantukannya kepada orang lain. Untuk itu disyari’atkan baginya memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa bersamanya, kerana makanan ketika itu sangat disukainya, maka hendaklah ia membantu orang lain dengan makanan tersebut, agar ia termasuk orang yang memberi makanan yang disukai dan kerananya menjadi orang yang bersyukur kepada Allah atas nikmat makanan dan minuman yang dianugerahkan kepadanya, di mana sebelumnya ia tidak mendapatkan anugerah tersebut. Sungguh nikmat ini hanyalah dapat diketahui nilainya ketika tidak didapati. (Lihat kitab Larhaa’iful Ma’arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 172-178.)
Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya (kepada kita semua). Shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya.

Khamis, 27 Jun 2013

Hanya Kerana Sedekah Sekupang


“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.
“Satu RM14.90 kak,” jawabnya.
“Ok lah akak nak beli satu yang ini,” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
Ambillah dik akak sedekah sekupang ni.”
 Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
“Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan,” salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya,” dia memberitahu.
“Hmm bolehlah dik, bungkus dua,” kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak,” terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah… alhamdullillah… nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
5 kebaikan di akhirat pula ialah :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

Isnin, 3 Jun 2013

MATEMATIK SEDEKAH

Menurut ilmu matematik yang biasa kita pelajari:

10 - 1 = 9
10 - 2 = 8
10 - 3 = 7
10 - 4 = 6
10 - 5 = 5
dan seterusnya

Tapi menurut firman Allah dalam surah al-An'am ayat 160:
10 - 1 = 19
10 - 2 = 28
10 - 3 = 37
10 - 4 = 46
10 - 5 = 55
dan begitulah seterusnya

Sifirnya sangat mudah, sedekah 1 dapat 10. Kalau 10, dibalas 100. Kalau RM 800, Allah ganti RM 8 ribu. :D Senang 'kan?

Jika mengikut surah Al-Baqarah ayat 261 lebih hebat lagi. Setiap sedekah berupa infaq diumpamakan seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi sebuah pohon dengan 7 cabang dan setiap cabang membuahkan 100 benih baru. Dan jika Allah SWT berkehendak, Dia mampu menjadikannya lebih banyak dari itu.

Kita boleh gambarkan seperti berikut ini:
10 - 1 = 709
10 - 2 = 1408
10 - 3 = 2107
10 - 4 = 2806
10 - 5 = 3505
dan seterusnya

Jika setiap infaq dibalas dengan 10 kali ganda sahaja sudah sangat hebat apatah lagi jika dibalas sehingga 700 kali ganda atau lebih.

Mungkin ada di antara kita telah melakukan infaq tapi merasa tidak mendapat balasan. "Allah mengikut persangkaan hamba-Nya", maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Jadi yakinlah bahawa setiap infaq yang kita lakukan pasti dibalas oleh Allah SWT. Hanya saja balasan-Nya ada yang disegerakan dan ada yang ditunda sehingga kita benar-benar perlu. Ada balasan dalam bentuk harta (material) dan ada juga yang dibalas dalam bentuk dikurniakan kesihatan, disembuhkan dari sakit, dipermudahkan jodoh, dihapuskan dosa, dihindarkan dari musibah, dilindungi dari azab dan lain sebagainya.

MENAHAN MILIK ALLAH


Dan janganlah orang-orang yang kikir dengan apa yang Allah berikan (titipkan) kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahwa (kikir) itu baik bagi mereka. Padahala (kikir) itu buruk bagi mereka. Akan dikalungkan apa (harta) yang mereka kikirkan itu pada hari kiamat. Dan milik Allah-lah segala apa yang ada di langit dan bumi. Dan Allahh Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (Ali 'Imran: 180)

Katakanlah (Rasulullah SAW), "Sekiranya kamu menguasai khazanah rahmat Tuhanku, niscaya (khazanah) itu akan kamu tahan karena takut untuk menginfakkannya." Dan manusia itu memang sangat kikir. (al-Isra': 100)

Ingatlah bahwa kamu adalah orang-orang yang diajak untuk berinfak di jalan Allah. Namun ada di antara kamu yang kikir. Dan barang siapa yang kikir sesungguhnya di kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah Maha Kaya. (Muhammad: 38)

Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia (manusia) mengirah bahawa hartanya itu dapat membuatnya hidup kekal. (al-Humazah: 2-3 )

Ketika tangan terasa begitu berat menghulurkan infaq, ingatlah ayat di atas. Semoga kita tidak tergolong ke dalam manusia kikir yang menahan karunia milik Allah. Amin!


Catatan:

Sedekah di bulan Ramadhan lebih baik daripada bersedekah di bulan lainnya. Jika sebelum ini kita (memang) kurang bersedekah, maka saat ini adalah kesempatan untuk memperbaiki kekurangan tersebut. Jika sebelum ini kita sudah (merasa) banyak bersedekah, maka kali ini kita mesti bersedekah lebih banyak dari sebelumnya. Kalau sama atau malah kurang dari sebelumnya, maka sesungguhnya kita termasuk orang-orang yang sangat malang. :( Wa al-'iyadzu billah!

Jika Ramadhan pergi, jangan sampai kita susah untuk bersedekah. Jangan pula kita menunggu Ramadhan datang, baru mau bersedekah. Karena Tuhan Ramadhan dan Tuhan bulan-bulan yang lainnya adalah Tuhan yang sama. Semestinya ibadah kita kepada-Nya tidak mengira masa. Karena salah satu bukti bahwa suatu ibadah itu dilakukan dengan ikhlas adalah istiqamah (konsisten).

Jadi, jangan takut susah karena sedekah! Dan jangan takut sedekah karena susah! Hidup mudah memang penting. Tapi sedekah jauh lebih penting dari hidup mudah. Jangan tunggu hidup mudah baru bersedekah. Tapi bersedekahlah maka hidup Anda akan mudah. Sedekah membawa berkah!


http://hikmahgroup.blogspot.com

BERSEDEKAH MENYEBABKAN KITA KAYA



Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Keberkatan Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya  keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.
Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.



http://rahsiasedekah.com

Selasa, 14 Mei 2013

Sampaikah Aku Pada Ramadhan?

Hari Sabtu. 3 minggu menjelang Ramadhan. Mata Ikhwan tepat memandang skrin komputer ribanya. Facebook, twitter. Blog. Masa berlalu begitu sahaja, terperap dalam alam maya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya merengek-rengek ingin diberi perhatian. Lalu dihulurkan tangan, gadjet seakan-akan keranda kecil digenggam, mata beralih ke arah skrin kecil kotak kelabu itu.
'One message received'.

"Assalamu'alaikum, Ikhwan. Ayah aku, dia dah takde. Petang semalam."

Terasa bayu angin sejuk menyapa kulitnya. Angin sejuk yang menjemput mutiara untuk keluar dari matanya.
Butang 'reply' pantas ditekan. Nafas dihela panjang. Wajah Helmi tiba-tiba menjengah di minda. Sahabatnya sejak darjah lima sekolah rendah. Sudah delapan tahun umur persahabatan mereka.

"Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un."

Sudah tiba ajal dia. Mulut Ikhwan terkumat kamit menghadiahkan al-fatihah untuk arwah bapa sahabatnya itu. Dia termenung. Betapa nyawa ini sekadar pinjaman daripadaNya yang Maha Esa. Arwah Pak Cik Mamat meninggal petang Jumaat itu, sewaktu dia sedang di kebun saudaranya, ingin mengambil anak pisang untuk ditanam di rumah, sebelum arwah diserang penyakit jantung.

Malamnya, Ikhwan singgah ziarah di rumah Helmi. Ada sedikit perkumpulan, bersama-sama memanjatkan doa untuk roh arwah. Sempat berbual dengan sahabat lamanya itu. Jarak memisahkan mereka sejak mereka habis sekolah rendah. Kata Helmi, sungguh dia tak sangka arwah bapanya akan pergi secepat itu. Rasa menyesal pun ada kerana tidak meluangkan masa sepenuhnya dengan bapanya itu. Seakan dia tidak percaya, yang bapanya sudah pergi. Sedih.

"Aku sayang ibu bapaku. Kalau boleh, aku tak mahu ada perpisahan. Namun, apakan daya. Suatu hari nanti aku juga bakal berpisah. Sama ada aku dulu pergi, atau mereka dulu."

Seminggu kemudiannya, isteri kepada seorang pak cik yang aku lihat selalu hadir di surau dan selalu juga membantu di rumah aku dan datukku apabila ada kerja-kerja penambah baikan rumah yang memerlukan tenaga buruh pula pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Itulah, bila-bila masa maut bakal menjemput. Malaikatul maut tidak pernah leka menjalankan tugasnya. Tidak pula bersikap bertangguh seperti manusia. Begitu patuh pada perintah Ilahi.

Ya ALLAH, sampaikah aku pada Ramadhan?
"Allahumma bariklana fi Rajjab, wa sya'aban, wa ballighna Ramadhan".


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari demi hari berlalu. Hari ini, pengumuman Ramadhan, seperti tahun-tahun sebelumnya, di stesen yang sama, skrip yang sama, gaya bicara yang sama. Heh. Ini. Suatu kegembiraan buat umat Islam seluruh dunia. Ramadhan Mubarak datang lagi! Lusa! Sungguh, aku rindu Ramadhan.

Tarikh yang ditunggu-tunggu!














Tapi, hanya ALLAH yang tahu. Dalam 1 hari, macam-macam boleh berlaku. Boleh jadi kita sudah terlalu hampir dengan Ramadhan, tapi kita pula yang pergi meninggalkan Ramadhan. Allah. Aku mahu Ramadhan ini Ya Allah.

"Ya Allah, kau sampaikanlah aku kepada Ramadhan kali ini. Kau jadikan aku hambaMu di Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Kau tutupkan pintu neraka dan bukakan seluas-luasnya pintu sorgaMu untuk aku. Moga segala amalanku nanti diterima dan diredhaiMu. Moga Ramadhan kali ini sudi menjadi tetamu agungku! Amiin, ya robbal a'lamin!" - Doa dicedok dari APG

Sampai kepada Ramadhan itu sendiri merupakan satu nikmat. Apatah lagi dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan itu sendiri. Tapi betapa selama ini ramai yang pandang remeh kepada bulan yang penuh makna ini.

"Rasulullah SAW bersabda, dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun". (Riwayat at-Tabrani)"














Jika sekiranya andai kalau ALLAH tetapkan umur kita panjang(inshaALLAH),
Ramadhan kali ini, mari kita:
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar
☑ Delete Dosa
☑ Approve Maaf
☑ Search Pahala

JOM
1. Jom jadikan Ramadhan ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun lepas.
2. Jom buat checklist Ramadhan.
3. Jom jadikan Ramadhan ini medan tarbiyah diri ke arah yang lebih baik.

Semoga Allah memberkati kita dengan bulan Ramadhan dan pada bulan Ramadhan. erk. Faham tak? Dapat jumpa Ramadhan itu sudah satu keberkatan, beroleh pula keberkatan sepanjang Ramadhan itu extravaganza.

Andai kata kita sampai pada Ramadhan tahun ini, adakah kita akan sempat sampai ke penghujungnya? Harapnya kita dapat terus jumpa Ramadhan, tahun ini, tahun depan, dan tahun-tahun seterusnya. :'|

BERSAMA MENUJU MARDHATILLAH :)